
TAFSIR DAN TAKWIL.
Kawan-kawan, adakah anda pernah dengar akan kalimah Tafsir dan Takwil?
Tafsir merupakan salah satu daripada bidang kajian Ulum Al-Quran yang utama. Ia merupakan suatu ilmu yang menerangkan atau menjelaskan ayat-ayat Al-Quran, pengertiannya, hukum-hukumnya, sebab-sebab turunnya dan berbagai aspek yang berkaitan dengan Al-Quran. Ia juga merupakan aspek terpenting dalam ilmu ini kerana umat islam amat memerlukan tafsiran dan takwilan dari Al-Quran. Justeru itu, seseorang itu tidak akan dapat memahami Al-Quran secara sempurna sekiranya mereka tidak mengetahui tentang tafsir.
Apakah Pengertian Tafsir dan Takwil Dari Segi Bahasa dan Istilah?Bahagian-bahagian Yang Terdapat Di Dalam Tafsir Serta Perbezaan Antara Tafsir dan Takwil.
TAFSIR:
TAFSIR:
Dari segi bahasa:
Tafsir (تفسير ) bermaksud menjelaskan, mengungkap, menerangkan sesuatu yang masih kabur, samar dan belum jelas sepertimana firman Allah S.W.T :
وَلا يَأتونَكَ بِمَثَلٍ إِلّا جِئنٰكَ بِالحَقِّ وَأَحسَنَ تَفسيرًا ﴿٣٣﴾
Tafsir (تفسير ) bermaksud menjelaskan, mengungkap, menerangkan sesuatu yang masih kabur, samar dan belum jelas sepertimana firman Allah S.W.T :
وَلا يَأتونَكَ بِمَثَلٍ إِلّا جِئنٰكَ بِالحَقِّ وَأَحسَنَ تَفسيرًا ﴿٣٣﴾
Terjemahan: Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya.
(Surah Al-Furqan : 33)
Dari istilah syarak ia adalah suatu ilmu yang di dalamnya membahaskan mengenai Al-Quran dari aspek dalil-dalil (tanda-tanda) untuk menentukan atau mengenali serta memahami maksud firman-firman Allah s.w.t atas kadar kemampuan manusia.
Ilmu yang disebutkan adalah merupakan suatu bentuk gambaran-gambaran mengenai Al-Quran.
TAKWIL:
Dari segi bahasa:
Firman Allah:
Dari istilah syarak ia adalah suatu ilmu yang di dalamnya membahaskan mengenai Al-Quran dari aspek dalil-dalil (tanda-tanda) untuk menentukan atau mengenali serta memahami maksud firman-firman Allah s.w.t atas kadar kemampuan manusia.
Ilmu yang disebutkan adalah merupakan suatu bentuk gambaran-gambaran mengenai Al-Quran.
- Menurut Imam Abd hakim Ali al-Mutawwil, ilmu tafsir ialah suatu ilmu yang menggambarkan makna-makna lafaz al-Quran.
- Ada juga yang mengatakan bahawa ia lebih dari itu kerana ilmu tafsir sepatutnya dikatakan sebagai ilmu takrifan kerana sebahagian besar dari perbahasannya adalah mengenai pengertian lafaz-lafaz.
- Sebahagiannya juga ada yang mengertikan sebagai ilmu tasdik kerana tafsir mengandungi hukum-hukum di atas lafaz yang ada yang mana ia memberi faedah dengan makna tersebut.
TAKWIL:
Dari segi bahasa:
- Takwil berasal daripada perkataan ( الأول ) bermaksud ( الرجوع ) iaitu kembali. Ia bermaksud seperti menukarkan sesuatu kalimah kepada apa yang terkandung di dalamnya berbagai-bagai makna.
- Ia juga mungkin berasal dari kalimah ( الأيالة ) yang bermaksud ( السياسة ) iaitu peraturan.
Firman Allah:
فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَٰبَهَ مِنْهُ ٱبْتِغَآءَ ٱلْفِتْنَةِ وَٱبْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِۦ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُۥٓ إِلَّا ٱللَّهُۗ
Terjemahan: Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. ( surah Ali Imran: 7)
Dari segi istilah:
- Memberikan makna-makna yang bersesuaian dengan kesucian dan keagungan Allah S.W.T dari apa-apa yang menyerupai atau menyamai-Nya.
- Sementara ulama salaf tidak mempunyai istilah takwil melainkan tafsir sahaja. Mereka lebih gemar untuk menyerahkan makna sebenar sesuatu kalimah itu kepada Allah dan hanya menerangkan maksud-maksud satu-satu firman Allah itu mengikut maksud zahir kalimah semata-mata.
PEMBAHAGIAN TAFSIR:
Tafsiran kepada Al-Quran dapat dibahagikan kepada dua
bahagian yang nyata iaitu Tafsir Bil Ma’thur تفسير بالمأثور) ) dan Tafsir
Bir-Ra’yi ( تفسير
بالرأي ).
Tafsir Bil Ma’thur ( تفسير بالمأثور)
|
Tafsir Bir-Ra’yi ( تفسير بالرأي )
|
Maksud:
|
Maksud:
Firman Allah:
وَلا تَقفُ ما لَيسَ لَكَ بِهِ عِلمٌ ۚ إِنَّ السَّمعَ
وَالبَصَرَ وَالفُؤادَ كُلُّ أُولٰئِكَ كانَ عَنهُ مَسـٔولًا.
(surah al-isra’: 36)
Maksudnya:
Janganlah engkau turuti apa-apa yang engkau
tidak ada pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan
hati masing-masing akan dipersoal nanti.
|
PERBEZAAN ANTARA TAFSIR DAN TAKWIL:
TAFSIR
|
TA’WIL
|
1. Ar-Raghif Al-Ashfahani: lebih umum
dan lebih banyak digunakan untuk lafazh dan kosakata dalam kitab-kitab yang
diturunkan Allah dan kitab-kitab lainnya.
|
1.
Ar-Raghif Al-Ashfahani: lebih
banyak dipergunakan makna dan kalimat dalam kitab-kitab yang diturunkan Allah
saja
|
2. Menerangkan makna lafazh yang tak
menerima selain dari satu arti.
|
2.
Menetapkan makna yang dikehendaki
suatu lafazh yang dapat menerima banyak makna karena didukung oleh dalil.
|
3. Al-Maturidi: menetapkan apa yang
dikehendaki ayat dan menetapkan seperti yang dikehendaki Allah.
|
3.
Mentafsirkan salah satu makna yang
mungkin diterima oleh suatu ayat tanpa meyakinkan bahwa itulah yang dikehendaki
Allah.
|
4. Abu Thalib Ats-Tsa’labi:
menerangkan makna lafazh baik berupa hakikat atau majaz.
5. Sebahagian berpendapat tafsir ialah penjelasan dan penerangan yang berbentuk Dirayah (دراية) dan suatu usaha memberikan maksud ayat Al Qur'an secara biasa (mengikut zahir kalimah). |
4.
Abu Thalib Ats: menafsirkan bathin
lafazh.
5. Takwil ialah penerangan dan penjelasan yang berbentuk riwayah (رواية)dan suatu usaha memberikan makna-makna yang meenyucikan Allah dengan membawa makna dan unsur Rabbani. |
Faedah Mempelajari Ilmu Tafsir
- Untuk memahami makna-makna Al Qur'an dengan lebih sempurna dan tepat.
- Mampu mentafsir dengan baik.
- Memantapkan akidah seseorang, ibadah semakin berkualiti, akhlak menjadi luhur, dan hubungan sesama manusia semakin erat.
- Untuk beramal dengan petunjuk dan akhlak yang terdapat dalam Al Qur'an.
- Untuk mendalamkan ilmu pengetahuan bagi mengukuhkan iman.
- Untuk memahami dan mengikuti hikmah-hikmah yang terdapat dalam Al Qur'an.
- Membantu manusia untuk berjaya didunia dan diakhirat serta hidup dalam hidayah dan rahmat Allah.
*Dalilnya
ونزلنا عليك الكتب تبينا لكل شئء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين
Terjemahan : Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (Al Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.
(Surah al-Nahl 16:89)
KESIMPULAN:
- Tafsir merupakan suatu ilmu yang menerangkan atau menjelaskan ayat-ayat Al-Quran, pengertiannya, hukum-hukumnya, sebab-sebab turunnya dan berbagai aspek yang berkaitan dengan Al-Quran mahupun hikmah, sehingga mudah difahami.
- Takwil adalah memindahkan lafaz dari makna yang lahir kepada makna lain dan makna tersebut sesuai dengan Al-Quran dan sunah.
- Justeru itu, ahli tafsir menggunakan segala kemampuan dan pengetahuan yang ada untuk menjelaskan maksud Al-Quran.
Rujukan:
1. Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Ulum Al-Quran, Edisi Pertama. Pustaka Salam sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
2. Dr. Ab.LAtif Muda, Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin . (2014). Modular STPM Ulum Al-Quran. Pustaka Salam Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.
3. Sheikh Muhammadi Ali Ash Shabuni . (2007). Sejarah Dan Dasar Pengajian Islam Al-Quran. Al-Hidayah Publication Sdn,Bhd., Kuala Lumpur.
4. Asmawi bin Hj Ehsan. (2010). Ulum Al-Quran. Pustaka Haji Abdul Majid, Selangor.